Burn - Turbo

Wednesday, 1 July 2015

BERHENTILAH WAHAI AIRMATA,,,ALLAH SEDANG MENGUJIMU






Assalamualaikum....
pagi ni airmata ni tumpah lagi. puas kutahan dari malam tadi. namun siapalah kita bila di depan Allah kita mengadu semua kemulut yang berkelana dalam hati ini. siapalah kita untuk membohongi hati bahawa kita kuat sedangkan hati dah rapuh dan remuk dengan apa yang berlaku. TUHAN SEDANG MENGUJIKU. tatkala mata tertutup untuk menikmati keletihan yang melanda namun hati ini menjerit, meraung malah degupan jantung yang di rasakan tidak mampu membuatkan lena ini berpanjangan.  Allah...Kuatkan hatiku. Izinkan aku untuk berehat seketika. dan akhirnya mata ni mampu terpejam beberapa jam dan akhirnya terbangun dengan sendiri dalam keadaan tidak bermaya. kukuatkan hati melangkah ke dapur untuk menegur air masak setelah tekak dan peut ini kosong dan minta diisi. namun segala selera tu tertutup bila memikirkan apa yang berlaku. segera ku ambil widuk dan dalam kerendahan diri,kuserahkan semua jiwa untuk menunaikan solat sunat hajat dan witir. setelah selesai,,,ku ambil sebiji kurma. moga sebiji kurma ni mampu untuk memberi aku tenaga untuk aku menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik hari ini. dei untuk mencari rezeki. tanpa mengejutkan 'dia' aku melangkah naik keatas dan berbaring lemah atas katil. hari ini pertama kali aku tidak menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. aku tidak menyediakan langsung juadah untuk bersahur,malah kejut untuk 'dia' bangun kerja pun tidak aku lakukan. biarlah untuk pagi ini aku menjauhkan diriku apabila apa yang pernah aku buat selama ini tidak pernah 'dia' nampak dan 'hargai'... moga Allah beri kekuatan kepada aku insan yang lemah. rahsia di bulan ramadhan. akan ku tunggu sinarnya. ameen

No comments:

Post a Comment